Thursday 29 December 2011

MESYUARAT JKS KALI PERTAMA TAHUN 2012

 Tarikh   : 29 DISEMBER 2011
 Masa    : 8.30 PAGI
 Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW


AGENDA :

i   - Ucapan Pengerusi
ii  - Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
iii - Perkara Berbangkit
iv - Analisis / Post Mortem Pencapaian Akhir Tahun (PAT) 2011
v  - Analisis / Post Mortem UPSR 2011
vi - Rancangan Tahunan JKS 2012
vii - Kewangan dan Anggaran Belanja Mengurus
viii - Hal-hal lain

Tuesday 27 December 2011

MESYUARAT GURU SKBW KALI PERTAMA TAHUN 2012

Tempat : BILIK MESYUARAT SKBW
Tarikh   : 26 DISEMBER 2011
Hari      : ISNIN


Agenda:

* Ucapan Aluan/Ucaptama Guru Besar
* Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
* Perkara-perkara yang berbangkit

* Taklimat GPK Pentadbiran
* Taklimat GPK Hal Ehwal Murid
* Taklimat GPK Kokurikulum
* Soal Jawab
* Penutup

Friday 2 December 2011

  CUTI SEKOLAH BERMULA.......


17 November 2011 merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2011. Walaubagaimanapun, minggu pertama dan kedua semasa cuti persekolahan, pelbagai kelas intensif telah diadakan di SK Bukit Wan.

(i)  Kelas Pengukuhan untuk murid darjah Lima- persediaan untuk memasuki darjah 6 tahun 2012.

(ii) Kelas Lestari Jawi - untuk murid terpilih yang lemah dalam matapelajaran Jawi.

(iii) KelasPemulihan - untuk murid-murid yang masih menghadapi masalah pembelajaran ( murid darjah 6 yang menjadi sebagai  pendamping).


 
Kami guru-guru SK Bukit Wan berharap agar murid-murid dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya. Selamat menempuh alam persekolahan di peringkat menengah untuk murid-murid darjah 6 tahun 2011. Semoga kejayaan senantiasa mengiringi kalian...Jangan lupa kami guru-guru di SK Bukit Wan.. 











Tuesday 22 November 2011

SYABAS & TAHNIAH !!!!

KEJAYAAN MILIK MEREKA.......

       17 November 2011 menjadi titik penentu kepada 48 orang pelajar tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Kuala Terengganu kerana pada tanggal tersebut keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan serentak di seluruh Malaysia...

      Seramai 8 orang murid SKBW telah mendapat keputusan 5A dan seramai 8 orang murid juga mendapat keputusan 4A 1B. Keputusan UPSR 2011 telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan murid yang mendapat keputusan penuh 5A dan juga 4A 1B berbanding dengan tahun 2010..

      Berdasarkan analisis pencapaian keseluruhan peperiksaan UPSR 2011 Sk Bukit Wan, dengan jumlah calon seramai 48 orang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.Peratusan yang mendapat 5A ialah sebanyak 16.7% begitu juga dengan 4A 1B sebanyak 16.7%.Manakala peratusan yang mendapat minimum C adalah sebanyak 79.2% daripada keseluruhan calon dan hanya 20.8% iaitu seramai 10 orang calon yang mendapat D+E.

     Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Bukit Wan yang telah bekerja keras untuk memastikan mereka dapat meraih kejayaan yang cemerlang..semoga permulaan kejayaan bagi mereka ini akan menjadi titik permulaan untuk mereka terus kecapi dalam meneruskan arus pendidikan yang terbilang..insyaAllah



p/s: gambar-gambar boleh di lihat menerusi link dibawah

Sunday 20 November 2011

TAHNIAH DAN SYABAS!!!!!

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN MERAIH KEPUTUSAN 5 A DALAM UPSR 2011

Thursday 27 October 2011

PROGRAM PASCA UPSR 2011

PROGRAM PASCA UPSR 2011



Tarikh
Aktiviti
Tindakan
18.9.2011
Rehat minda
Gotong-royong membersihkan kelas
Guru kelas
19.9.2011-
22.9.2011
Permainan bola jaring dan bola sepak
En.Ahmad Shahiruddin
Pn Zahian
25.9.2011-
26.9.2011
Lawatan ke:
Cameron Highlands & Perak
AJK Lawatan
27.9.2011-
28.9.2011
Pembelajaran ICT
Pn Norizan
EIO
29.9.2011
Pertandingan melukis e-book
Pn Saadiah
2.10.2011
Explore Sains
En Ahmad Shahiruddin
Pn Junaida
3.10.2011
Fardhu Ain

En Abdul Rahman
4.10.2011-
6.10.2011
Aktiviti berkebun
Pn Saadiah
Pn Zaini
Tn. Hj. Rashid
9.10.2011
Kembara
Pn Saadiah
Pn Zaini
Tn. Hj. Rashid
 10.10.2011
Pertandingan reka cipta
Pn Zahian
Pn Junaida
11.10.2011-
12.10.2011
Pertukangan Kemahiran Hidup

En Mohd Shafie



13.10.2011
Pertandingan memasak
Pn Norizan
Pn Zaini

16.10.2011-
20.10.2011
Ulang kaji

Guru mata pelajaran
23.10.2011-
30.11.2011
Peperiksaan akhir tahun

31.11.2011-
3.11.2011
Rehat minda

6.11.2011-
7.11.2011
Hari Raya Haji

8.11.2011
Penyerahan buku teks

Guru kelas
9.11.2011
Taklimat ke sekolah menengah

Guru Penolong Kanan Hem
10.11.2011
Majlis Temu Murni

Guru Kelas
11.11.2011
Jamuan Perpisahan
Guru kelas
Pn Saadiah
12.11.2011
Persiapan Hari Anugerah Kecemerlangan


15.11.2011
Hari Anugerah Kecemerlangan


16.11.2011
Rehat minda


17.11.2011
Serahan tugas dan majlis bermaaf-maafan




PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2011

PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2011

PROGRAM
OBJEKTIF
HURAIAN
TARIKH

TINDAKAN

Motivasi Pelajar
*Dapat memotivasikan dan memberi perangsang kepada pelajar
-Pentadbir sekolah memberi bimbingan dan perangsang
ke arah kecemerlangan UPSR
Sepanjang tahun
Pentadbir dan Penyelaras
Bacaan surah Yasin
*Untuk rohaniah pelajar
-Bacaan surah yasin setiap pagi sebelum pembelajaran
Sepanjang tahun

Panitia Pendidikan Islam& En.Abd Rahman
Solat hajat

*Memohon keberkatan
-Bersama ibu bapa murid
Februari dan September
En Abd Rahman
Kem Motivasi

*Mendedahkan pelajar cara belajar,
penggunaan masa dan sebagainya
-Murid akan diberi motivasi oleh fasilitator yang dijemput
Mac
GPK 1 & Penyelaras


Kelas bimbingan petang
*Memberi pengukuhan dan pemulihan

-Kesinambungan pembelajaran kelas pagi,melibatkan pengukuhan dan pemulihan
Februari
En Mohd Shafie
Kelas bimbingan malam
*Memberi pengukuhan dan pemulihan

-Kaedah ulangkaji pembelajaran Tahun 4 & 5 untuk tiga bulan pertama
Latih tubi soalan bulan berikutnya sehingga menjelang UPSR
Mac
Pn. Zaini
Kem kecemerlangan
*Memberi bimbingan kepada murid mengikut tahap pencapaian

-Melibatkan pembelajaran di  luar kawasan sekolah dengan bimbingan fasilitator yang dijemput
Jun
GPK 1& Penyelaras
Teknik menjawab soalan
*Memberi pendedahan kepada pelajar cara menjawab soalan dengan tepat

-Menggunakan khidmat guru pakar yang dijemput
-Murid didedahkan bagaimana menjawab soalan mengikut kehendak soalan
Mac-Mei
Panitia mata pelajaran
Kelas cuti terancang
*Membantu murid mengulangkaji pelajaran
-Kelas bimbingan akan diadakan waktu cuti persekolahan
Setiap cuti penggal

Pn Junaida





Lawatan/
Rehat minda
*Merehatkan minda pelajar

-Murid-murid akan dibawa ke tempat menarik
(rekreasi)


En Ahmad Shahiruddin & Hj Rashid

Hadiah galakan 5A &Galus
*Memotivasikan murid untuk mencapai kecemerlangan

-Murid-murid yang berjaya mendapat 5A dalam setiap 0TI akan diberi hadiah galakan
-Murid Galus juga diberi galakan untuk memotivasikan diri
Setiap OTI
Pn Norizan

Minggu Sains Peringkat Sekolah Sk Bukit Wan

Panitia Sains Sk Bukit Wan telah mengadakan minggu Sains peringkat sekolah pada 17/7/2011 sehingga 21/7/2011. Tujuan minggu Sains diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang dunia Sains kepada murid-murid. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:



1.Pameran Sains – bertempat di makmal Sains
2.Kuiz Sains- untuk murid-murid tahap 1 dan 2
3.Kem Sains tahun 6
    (bengkel dan teknik menjawab soalan UPSR)
4.Demonstrasi eksperimen-selepas waktu rehat
5.Pantulan cahaya
6.Pembentukan pelangi
7.Pengembangan dan pengecutan bahan
8.Penggunaan-stetoskop dan binokular




Monday 18 July 2011

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


2 Julai 2011 seluruh pelajar dan warga pendidik serta sebahagian Ibu bapa telah menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Program ini dinamakan sebagai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan.Larian ini telah dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia bermula pada pukul 7.45 pagi. Sk Bukit Wan juga telah sama-sama terlibat dalam Larian Serentak anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Larian tersebut telah bermula sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak kementerian iaitu pada pukul 7.45 pagi dan larian adalah sejauh 2KM.
 
Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan tidak berakhir begitu sahaja.Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi menjayakan program tersebut.Antaranya ialah sukaneka bagi pelajar tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi tahap 1.Beberapa hadiah disediakan bagi memberi galakan dan penghargaan kepada murid yang terlibat menjayakan program yang dirangka oleh pihak sekolah. 

Sk Bukit Wan mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak-pihak yang bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan pihak sekolah untuk menjayakan program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan ini.

Sunday 3 July 2011

LAWATAN BERINFORMASI KE AKADEMI BOMBA WAKAF TAPAI,MARANG,TERENGGANU


Pada 28 Jun 2011 seramai 40 orang murid yang mewakili unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan satu lawatan berinformasi ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Kunjungan ke Akademi Bomba ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peranan dan fungsi ahli bomba di Malaysia.Peranan bomba bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi bomba menyelamat dari pelbagai aspek yang meliputi kemalangan yang berlaku di atas tanah, di dasar laut dan juga di udara.

Disamping itu, pihak Akademi Bomba juga telah membuat demostrasi cara untuk memadamkan kebakaran dengan betul.Beberapa orang murid telah diberi peluang untuk mengunakan alat pemadam api dengan betul bagi memadamkan kebakaran.Lawatan ke Akademi Bomba ini telah memberikan banyak informasi kepada murid-murid.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang diatas layanan mesra dan sudi menerima kunjungan dari SK Bukit Wan.