Monday 18 July 2011

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


2 Julai 2011 seluruh pelajar dan warga pendidik serta sebahagian Ibu bapa telah menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Program ini dinamakan sebagai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan.Larian ini telah dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia bermula pada pukul 7.45 pagi. Sk Bukit Wan juga telah sama-sama terlibat dalam Larian Serentak anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Larian tersebut telah bermula sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak kementerian iaitu pada pukul 7.45 pagi dan larian adalah sejauh 2KM.
 
Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan tidak berakhir begitu sahaja.Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi menjayakan program tersebut.Antaranya ialah sukaneka bagi pelajar tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi tahap 1.Beberapa hadiah disediakan bagi memberi galakan dan penghargaan kepada murid yang terlibat menjayakan program yang dirangka oleh pihak sekolah. 

Sk Bukit Wan mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak-pihak yang bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan pihak sekolah untuk menjayakan program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan ini.

Sunday 3 July 2011

LAWATAN BERINFORMASI KE AKADEMI BOMBA WAKAF TAPAI,MARANG,TERENGGANU


Pada 28 Jun 2011 seramai 40 orang murid yang mewakili unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan satu lawatan berinformasi ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Kunjungan ke Akademi Bomba ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peranan dan fungsi ahli bomba di Malaysia.Peranan bomba bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi bomba menyelamat dari pelbagai aspek yang meliputi kemalangan yang berlaku di atas tanah, di dasar laut dan juga di udara.

Disamping itu, pihak Akademi Bomba juga telah membuat demostrasi cara untuk memadamkan kebakaran dengan betul.Beberapa orang murid telah diberi peluang untuk mengunakan alat pemadam api dengan betul bagi memadamkan kebakaran.Lawatan ke Akademi Bomba ini telah memberikan banyak informasi kepada murid-murid.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang diatas layanan mesra dan sudi menerima kunjungan dari SK Bukit Wan.

Friday 1 July 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN SK BUKIT WAN

Pada 23 Jun 2011 hingga 25 Jun 2011, SK Bukit Wan telah mengadakan perkhemahan tahunan diantara badan-badan unit beruniform sekolah bertempat di padang SK Bukit Wan selama 3 hari 2 malam.Peserta perkhemahan terdiri daripada ahli-ahli unit beruniform dari tahun 4 hingga tahun 6.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Antaranya ialah Kembara Malam di mana peserta dibawa mengelilingi kawasan kampung pada waktu malam dan dikawal oleh guru bertugas, Jungle Treaking,sukaneka, pertandingan memasak diantara unit beruniform dan kawad kaki diantara unit beruniform.

Disamping sebagai aktiviti tahunan sekolah, perkhemahan tahunan ini juga dapat membentuk disiplin , jati diri dan sikap tolong menolong serta bekerjasama di antara murid-murid.Program ini juga dapat mengukuhkan ukhuwah dan hubungan di antara guru dan murid-murid.

Alhamdulilah program perkhemahan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya...Terima Kasih tidak terhingga kepada guru-guru dan juga pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...