Wednesday 31 October 2012

MAJLIS KORBAN & SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat Sekolah telah di adakan pada hari Isnin 29/10/2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1433H bertempat di SKBW. Semua kakitangan sekolah dan pelajar saling bantu membantu memeriahkan Majlis Korban tersebut. 1 ekor lembu telah dikorbankan untuk Majlis Korban di SKBW.



Sila Click di sini untuk melihat gambar atau terus ke Galeri Foto

Wednesday 24 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban kepada semua Warga SKBW dan semua ummat Islam yang menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 (Jumaat).

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012

Pada 23 Oktober 2012 (Selasa), seramai 14 orang murid Prasekolah SKBW telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran iaitu Program Pintar Al-Quran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Terengganu. Majlis dirasmikan oleh Sultan Terengganu DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, turut serta Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad bin Said.



Sila Click di sini untuk lihat gambar.

Wednesday 10 October 2012

LAWATAN BERINFORMASI MURID PRASEKOLAH

Pada 9 Oktober 2012, murid Prasekolah dan murid pemulihan telah mengikuti lawatan berinformasi di Jabatan Bomba Kuala Terengganu, Planetarium dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Tuesday 9 October 2012

PERKHEMAHAN MURID TAHAP 2 SKBW 2012


Perkhemahan Murid tahap 2 di SKBW telah diadakan pada 4-6 Oktober 2012 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Wan (SKBW). Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan. Ini dapat memupuk semangat berkerjasama dan saling bantu membantu antara kumpulan.



Sila Clik di Galeri Foto untuk melihat gambar.


Sunday 7 October 2012

KARNIVAL BOLA BALING 1M1S MSSDKTU 2012

Pada 7 oktober 2012 beberapa orang pelajar SKBW telah menyertai Karnival Bola Baling 1M1S bawah 11 tahun MSSDKTU 2012. Pasukan SKBW telah mendapat tempat ketiga dalam perlawanan tersebut.



Sila Click Galeri Foto untuk melihat gambar

Saturday 6 October 2012

SAYEMBARA PUISI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 6 Oktober 2012, seramai 8 orang murid SKBW telah terlibat dengan Sayembara Puisi Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.

Thursday 4 October 2012

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA & DEMOSTRASI KEBAKARAN

Pada 3 & 4 Oktober 2012, SKBW telah mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya & Demostrasi Kebakaran 2012. Pelajar sekolah,guru dan kakitangan turut terlibat dalam aktiviti memadam api. Manakala Anggota Polis turut dijemput untuk memberi ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada semua pelajar.



Sila Click di Galeri Foto untuk melihat gambar.