Monday 20 May 2013

JASA MU TETAP DI KENANG

Selamat bertukar diucapkan kepada Pn.Nor Azyan Aminah binti Othman (PK Kokurikulum) ke Sekolah Keb. Bukit Guntung. Segala jasa dan pengorbanan cikgu selama berada di sekolah ini diucapkan berbanyak terima kasih. Selamat Bertugas di Sekolah baru.

Pn. Nor Azyan Aminah binti Othman (PK Kokurikulum)

Sunday 19 May 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013

Majlis Sambutan Hari Guru 2013 telah di adakan di SKBW pada 16 Mei 2013 (Khamis). Antara program dan aktiviti yang dijalankani sempena sambutan Hari Guru ialah nyanyian dan ikrar oleh guru SKBW, permainan sukaneka seperti permainan bowling kelapa,sambut kelapa,sambut pundi kacang, perlawanan futsal antara guru dan pelajar, dan persembahan dari pelajar tahun 1 - 6.

Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan Kakitangan yang bekerjasama memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini.






Monday 13 May 2013

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU SKBW.
PADA: 16 MEI 2013 (KHAMIS)


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.