SEJARAH SKBW





SEJARAH SEKOLAH

               Sekolah Kebangsaan Bukit Wan diberi nama berdasarkan nama Kampung Bukit Wan. Terletak di atas sebidang tanah yang agak tinggi berbanding tanah di sekelilingnya. Jaraknya ialah kira-kira 25 km dari Bandar Kuala Terengganu. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di Kampung Bukit Wan, Kampung Lingai, Kampung Bukit Nenasi, Kampung Pondok Lalang dan beberapa buah kampung kecil.
                Sejarah kewujudan sekolah ini bermula daripada cetusan idea oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Salleh seorang guru agama dari Kelantan pada pagi jumaat 16 April 1948. Beliau mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan pada tarikh itu dan bersepakat menubuhkan sebuah sekolah di Kampung Bukit Wan untuk memberi  pendidikan formal kepada kanak-kanak di persekitaran. Pada minggu berikutnya terdirilah sebuah bangsal bertiang kayu dan beratap daun nipah. Bangsal tersebut didirikan di atas sebidang tanah seluas 2.206 hektar. Penduduk kampung bersetuju melantik Tuan Haji Abu Bakar bin Salleh menjadi guru untuk mengajar seramai 30 orang kanak-kanak kampung.
                Dari tahun ke tahun keramaian murid bertambah dan untuk menampung keperluan itu pihak Jabatan Pelajaran telah mendirikan beberapa bangunan tambahan. Pada tahun 1960 sebuah bangunan separuh kekal  dibina. Pada tahun 1968 sebuah lagi bangunan dua bilik darjah dibina untuk menampung seramai hampir 100 orang murid. Sekolah Kebangsaan Bukit Wan mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat, sebuah bangunan separuh kekal mengandungi satu bilik darjah, bilik akses, sebuah makmal komputer, bangunan prasekolah dan sebuah kantin. Pada tahun 2010 sekolah menerima sebuah bangunan separuh kekal iaitu prasekolah berikutan bangunan lama dirobohkan.




SEJARAH GURU BESAR SKBW